Nora Danish Dah Putus Dengan Mickey Ayo

Nora Danish Dah Putus Dengan Mickey Ayo

Pelakon Nora Danish berkata hubungannya dengan jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo tidak dapat diteruskan dan dirinya kini sudah solo.

Memetik Oh Bulan, Nora berkata mereka mengambil keputusan berpisah secara baik dan kini kekal sebagai kawan.

BACA: Nedim Nafi Belum Move On, Akan Pertahan Nora Danish Habis-Habisan

“Sekarang saya masih solo dan tidak mempunyai kekasih. Sebelum ini mungkin ada fasa mengenali hati budi seseorang.

“Tetapi kami ambil keputusan untuk berpisah cara baik. Kami cuma berkawan dan saya memang berkawan dengan semua orang,” katanya.

Menurut Nora lagi, perpisahan tersebut berlaku kerana tiada kesefahaman dalam beberapa perkara serta kedua-duanya sibuk.

“Keputusan ini dibuat kerana masing-masing sibuk selain faktor ketidaksefahaman dari pelbagai segi. Ini keputusan terbaik untuk kami,” katanya.

Dalam pada itu, Nora menafikan keputusan untuk tidak meneruskan hubungan dengan Mickey ada kaitan dengan kedua bekas suaminya. 

“Saya sangat selesa dengan hubungan sekarang bersama bekas-bekas suami. Kami bersahabat dan fokus utama adalah memastikan anak-anak terjaga dengan baik,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top