Trending
Isu adat bertunang hangat, Syed Saddiq tampil jelaskan dan nafi jadi punca lelaki cakap sendiri dalam majlis.
Baru-baru ini, isu adat pertunangan kembali menjadi bualan hangat netizen selepas tular satu video memaparkan seorang lelaki bercakap sendiri tanpa wakil orang tua ketika majlis bertunang.
Lebih mengejutkan, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut dipetik oleh segelintir pihak yang mendakwa situasi itu berlaku kerana meniru gaya beliau.
Syed Saddiq nafi langgar adat bertunang

Ahli Parlimen Muar itu bagaimanapun tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi satu siaran langsung.
Menurutnya, dakwaan tersebut tidak tepat sama sekali kerana beliau langsung tidak terlibat dalam proses utama majlis pertunangan.
Saya tak berucap ya di majlis tunang, bila segala-galanya dah habis baru saya hadir.
Syed Saddiq turut menjelaskan bahawa ketika kedua-dua belah keluarga sedang berbincang dan sesi menyarungkan cincin berlangsung, beliau hanya menunggu di dalam kereta.
Selepas kira-kira 90 minit, barulah beliau masuk ke dalam dewan.
Tambahnya lagi, kehadirannya selepas itu hanyalah untuk memberi ucapan kepada tetamu yang hadir, dan ia dilakukan secara spontan tanpa sebarang persediaan awal.
Penjelasan ini sekaligus menafikan dakwaan bahawa beliau melanggar adat atau menjadi punca kepada trend lelaki bercakap sendiri dalam majlis pertunangan.
Video tular
Pssttt! Dalam isu adat seperti ini, penting untuk kita faham konteks sebenar sebelum menuding jari. Tak semua perkara yang tular mencerminkan realiti. Hormat adat itu penting, tapi jangan cepat menghukum tanpa tahu cerita penuh.
Kredit: Thread @nurrazie131
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




