nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: Dua remaja lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian penuntut kolej wanita dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh, tengah malam semalam, direman tujuh hari.
Dua lagi suspek iaitu wanita berusia 60 tahun dan lelaki berusia 66 tahun direman tiga hari.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid.
Perintah tahanan reman terhadap suspek bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Polis Kelantan mengesahkan menahan empat individu termasuk seorang wanita warga emas susulan penemuan mayat gadis dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, selain turut merampas sebilah pisau.
Suspek yang ditahan terdiri daripada dua remaja lelaki dan lelaki warga emas berusia 19 hingga 66 tahun, manakala wanita warga emas berusia 60 tahun.
Kesemua suspek ditahan antara 4 petang semalam sehingga awal pagi hari ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kesemua mereka ditahan menerusi serbuan di dua lokasi berasingan di Taman Murni, di sini, dan Kampung Belukar Luas, Ketereh.
© New Straits Times Press (M) Bhd




