Isu pelaburan RM1.1 bilion: Rafizi dipanggil beri keterangan di SPRM Isnin ini

Isu pelaburan RM1.1 bilion: Rafizi dipanggil beri keterangan di SPRM Isnin ini

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya susulan siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semi konduktor.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, Rafizi dipanggil untuk dirakam keterangan pada Isnin ini jam 10 pagi bagi membantu siasatan.

“Sehingga kini, sebanyak 22 keterangan telah diambil termasuklah dalam kalangan Menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.

“Minggu lalu kita merakam keterangan daripada James Chai selama tiga hari berturut-turut bermula Selasa,” katanya.

Mohd Hafaz berkata, kes membabitkan Rafizi disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top