nurul_husna@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Penjara Malaysia mengadakan kunjungan hormat ke Media Prima Berhad (MPB) di Balai Berita, Bangsar, hari ini.
Delegasi yang diketuai Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Mohamad Rosidek Musa bersama enam pegawai itu disambut Pengarang Urusan Kumpulan, Bahagian Berita & Hal Ehwal Semasa (NCA) Media Prima, Jasbant Singh;
Turut hadir Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima merangkap Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk Farrah Naz Abd Karim; Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA) Rangkaian Televisyen, Datuk Azhari Muhidin dan Ketua Pengarang Operasi Convergence NCA M. Thillinadan.
Hadir sama Pengarang Kumpulan Harian Metro, Hussin Jahit; Timbalan Ketua Pengarang Operasi Convergence NCA, Yusri Abdul Malek; Timbalan Ketua Pengarang Operasi Convergence NCA Datuk Sariha Mohd Ali dan Timbalan Ketua Pengarang Operasi Convergence NCA, Robin Agustin.
Lawatan bertujuan memantapkan jalinan kerjasama strategik serta meningkatkan liputan media berhubung isu-isu kepenjaraan dan kemasyarakatan.
Selain sesi perbincangan, delegasi turut dibawa melawat kemudahan baharu di Balai Berita serta melihat sendiri operasi terkini di studio dan konti Media Prima Audio.
© New Straits Times Press (M) Bhd




