nuratikah@bh.com.my
Baca juga: Perancis mahu pelbagaikan sumber bekalan unsur nadir bumi bersama Malaysia
Kuala Lumpur: Seramai 2,572 mangsa banjir daripada 777 keluarga di empat negeri masih ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi ini.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), negeri yang terjejas itu ialah Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.
Di Selangor, seramai 1,395 mangsa daripada 369 keluarga masih ditempatkan di tujuh PPS di Kuala Selangor, tertinggi dalam senarai empat negeri terbabit.
Di Perak, 1,076 mangsa daripada 382 keluarga ditempatkan di 14 PPS di Larut, Matang dan Selama serta Hilir Perak.
Di Pulau Pinang pula, 94 mangsa daripada 25 keluarga ditempatkan di satu PPS membabitkan Seberang Perai Selatan (Sungai Bakap).
Sementara itu, di Sarawak, hanya tujuh mangsa daripada satu keluarga masih terjejas dan ditempatkan di PPS di Daerah Miri.
Daripada segi taburan pecahan mangsa, 2,603 mangsa terdiri daripada lelaki dan wanita dewasa, termasuk 274 warga emas, manakala 864 lagi kanak-kanak dan 78 bayi.
© New Straits Times Press (M) Bhd