Manchester: Manchester United mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan selepas jaringan Kobbie Mainoo memastikan kemenangan dramatik 3-2 ke atas seteru tradisi, Liverpool, awal pagi tadi.
United mendahului 2-0 dalam tempoh 15 minit pertama menerusi jaringan Matheus Cunha dan Benjamin Sesko.
Bagaimanapun, aksi babak kedua menyaksikan tuan rumah hilang rentak hingga membolehkan Liverpool bangkit menyamakan kedudukan.
Namun, Mainoo muncul wira apabila meledak gol kemenangan sekali gus menghadiahkan tiga mata penting kepada United.
Jaringan itu hadir pada minggu sama pemain muda itu menandatangani kontrak baharu selama lima tahun di Old Trafford.
© New Straits Times Press (M) Bhd




