“Setiap Perbuatan Tu Atas Pilihan Sendiri” – Luahan Norreen Iman Undang Perhatian

“Setiap Perbuatan Tu Atas Pilihan Sendiri” – Luahan Norreen Iman Undang Perhatian

Oh! Artis

Luahan Norreen Iman tentang takdir dan pilihan hidup raih perhatian ramai.


Baru-baru ini, tular di media sosial luahan yang dibuat suami kepada pelakon Norreen Iman mengenai pekerjaannya sebagai tukang servis aircond.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah suara latar yang cukup mendalam, seolah-olah menggambarkan perjuangan seorang lelaki dalam meneruskan kehidupan.

BACA: “Lelaki Jangan Miskin, Dunia Jahat Dengan Lelaki Miskin” – Perkongsian Razzi Razak Undang Perhatian

Terbaru, hantaran Norreen Iman pula mengundang persoalan dalam kalangan netizen. Dalam perkongsian tersebut, pempengaruh ini seolah-olah menyentuh soal takdir, pilihan hidup dan akibat daripada setiap tindakan seseorang.

Norreen Iman

Noreen menekankan bahawa setiap perbuatan sama ada baik atau buruk datang daripada pilihan diri sendiri. Nasihatnya, jadilah lebih baik daripada yang sebelumnya.

Walaupun Noreen tidak menyebut secara spesifik tentang isu ‘lelaki miskin’, ramai beranggapan mesej yang disampaikan cukup jelas.

Norreen Iman

Ada juga yang melihat perkongsian ini sebagai bentuk refleksi diri, mengajak orang ramai untuk berserah diri kepada Allah SWT dan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.

Pssttt! Dalam dunia yang penuh tekanan dan persepsi, mudah untuk kita menilai orang lain berdasarkan luaran. Tapi hakikatnya, setiap orang ada ujian masing-masing. Mungkin ini masa untuk kita berhenti menghukum dan mula faham… hidup ni lebih daripada sekadar apa yang kita nampak.

Kredit: Thread Norreen Iman
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top