“Ayah Terkilan Tak Dapat Tunai Haji” – Anak Arwah Jalil Hamid

“Ayah Terkilan Tak Dapat Tunai Haji” – Anak Arwah Jalil Hamid

Anak Allahyarham Jalil Hamid iaitu Afiqah Jalil berkata impian bapanya yang tidak kesampaian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji akibat masalah kesihatan jantung.

Memeti BH Online, Afiqah berkata bapanya terkilan kerana sudah melakukan persiapan dengan menghadiri kursus haji dan memperbaharui pasport.

BACA: Jantung Bengkak, Jalil Hamid Susut 30 Kilogram

“Memang ayah terkilan sebab tahun ini dia sudah pergi kursus haji dan buat persiapan, tetapi tidak dapat menunaikan haji kerana masalah jantung.

“Tahun lalu pun ibu sahaja yang pergi menunaikan haji. Ayah memang kecewa, tetapi saya selalu pujuk dan cakap tidak mengapa,” katanya.

Tambah Afiqah lagi, menunaikan haji adalah impian terbesar arwah bapanya dah sering menjadi topik perbualan mereka sekeluarga.

“Itu antara hasrat terbesar ayah, dia memang teringin sangat nak pergi haji. Kami selalu juga bergurau tentang perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Afiqah berkata bapanya menerima rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dan menghadiri temu janji susulan seperti biasa.

“Semalam kali terakhir kami bersembang. Selepas Subuh, ayah banyak berehat dan tidur di bilik,” katanya.

Sumber: BH Online


Scroll to Top