Izreen Azminda Luah Rasa Sebak, Hargai Keikhlasan Intan Saleh Sudi Memaafkan & Berdamai – “Jika Dapat Diputarkan Kembali, Tak Mungkin Jalan Ini Dipilih”

Izreen Azminda Luah Rasa Sebak, Hargai Keikhlasan Intan Saleh Sudi Memaafkan & Berdamai – “Jika Dapat Diputarkan Kembali, Tak Mungkin Jalan Ini Dipilih”

Pelakon, Izreen Azminda, tidak dapat menahan sebak apabila bekas madunya, Intan Saleh, sudi memaafkan dan menamatkan kemelut yang berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Izreen, 41, mengakui emosinya sukar dibendung sebaik sahaja pertemuan itu berakhir.

“Sebak sangat masa itu, tapi saya tahan saja. Bila naik kereta, terus laju air mata. Rasa sebak itu masih ada sampai sekarang.

“Terima kasih Intan kerana sudi memaafkan dan memilih untuk berdamai demi anak-anak kita bersama.

“Sekali lagi saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,” katanya.

Izreen turut meluahkan rasa kesal terhadap apa yang telah berlaku dan mengakui andai masa boleh diundurkan, dia tidak akan memilih jalan yang sama.

“Jika sesuatu itu dapat diputarkan kembali, tidak mungkin jalan ini yang dipilih.

“Kalau kesembuhan itu boleh dibeli, saya sanggup lakukan apa sahaja untuk merawat luka itu, namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat setiap hamba-Nya.

“Yang baik itu dari Allah, yang tidak baik datang daripada saya sendiri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Izreen sekali lagi merakamkan penghargaan kepada Intan atas keikhlasan yang ditunjukkan.

“Terima kasih sekali lagi Intan. Hanya Allah mampu membalas segala kebaikan,” katanya.

Sebelum ini, kedua-dua mereka meluahkan rasa lega apabila segala salah faham berjaya diselesaikan secara baik di mahkamah.

Artikel Berkaitan: Izreen Azminda, Intan Saleh Akhirnya Berbaik… Selesai Pertikaian Di Mahkamah – “Harapnya Hubungan Terjalin Lebih Terpelihara Demi Kebahagiaan Bersama”

Untuk rekod, konflik antara Izreen dan Intan sebelum ini menjadi perhatian apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan di media sosial berhubung beberapa isu berbangkit.

Intan merupakan bekas isteri kepada pemuzik bebas, Ude Wahid atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, yang kini suami kepada Izreen.

Intan dan Ude mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Perceraian itu berlaku selepas Ude berkahwin dengan Izreen pada 8 Ogos 2017 dalam sebuah majlis tertutup.

Scroll to Top