Tiga Tahun Turun Naik Mahkamah, Fatin Afeefa Syukur Nafkah Anak Dinaikkan

Tiga Tahun Turun Naik Mahkamah, Fatin Afeefa Syukur Nafkah Anak Dinaikkan

Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur tuntutan nafkah anak berpihak padanya selepas tiga tahun turun naik mahkamah.

Menerusi perkongsian di Threads, Fatin memaklumkan mahkamah memutuskan nafkah anaknya, Ivy Herra Sophia dinaikkan, yuran sekolah ditanggung sepenuhnya dan tidak lagi bergantung kepada dirinya sahaja.

BACA: Fatin Afeefa Minta Nafkah Anak Naik 6 Kali Ganda

Menurut Fatin lagi, tempoh tiga tahun itu bukan sekejap namun perjuangannya itu adalah demi anaknya meskipun perlu ke mahkamah.

Pada 2024, Fatin memfailkan permohonan untuk menaikkan nafkah anaknya dari RM500 kepada RM3000 sebulan.

Sebelum ini, Fatin berkata bekas suaminya, Adam Shahz tidak menculas membayar nafkah tetapi enggan membayar yuran persekolahan anak mereka. 


Scroll to Top