Pelakon, Eira Syazira tampil mempertahankan anaknya, Amarra Sofea Rose yang menyertai program realiti Talk To My Manager musim kedua selepas menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
Anak wajar diberi ruang belajar
Menurut Eira dalam perkongsian di Instagram, anaknya yang masih berusia 13 tahun itu wajar diberi ruang untuk belajar dan berkembang tanpa tekanan melampau daripada orang ramai.
“Biarkan dia terbang, belajar dan membesar menjadi versi terbaik dirinya. Kritik boleh, tapi janganlah sampai hilang rasa kemanusiaan.
Kadang kita ni lupa untuk memanusiakan manusia. Terlalu sibuk menghakimi, menyindir dan mencari salah orang lain, hingga lupa diri sendiri juga manusia, penuh kekurangan dan tidak sempurna,” katanya.
Risau kata-kata negatif beri kesan emosi
Eira turut meluahkan kebimbangan terhadap kata-kata negatif yang boleh memberi kesan kepada emosi anaknya yang masih di peringkat awal remaja.
“13 tahun, usia di mana seorang anak sedang belajar mengenal dunia, belajar jadi berani dan mengejar impian.
“Jangan patahkan sayapnya hanya kerana emosi kebencian. Cara sesetengah orang menghukum dan membenci anak 13 tahun ini seolah-olah dia telah melakukan kesalahan atau jenayah yang besar.
“Sedangkan dia cuma seorang anak kecil yang sedang cuba mencari keberanian, pengalaman dan ruang untuk berkembang,” ujarnya.
Kongsi beberapa kritikan diterima
Dalam masa sama, Eira turut berkongsi beberapa komen netizen yang mengkritik prestasi dan kelayakan Amarra sebagai peserta program tersebut.

Ramai selebriti tampil pertahankan Amarra
Walau bagaimanapun, ramai yang tampil mempertahankan Amarra dengan memberikan kata-kata semangat agar tidak berputus asa termasuklah barisan artis-artis terkenal.
Ujarnya, apa yang berlaku merupakan satu permulaan buat Amarra dan berharap agar remaja berusia 13 tahun itu terus kuat dan membuktikan bahawa dirinya sememangnya layak untuk berada di pentas program realiti tersebut.

Titip nasihat dan yakin boleh terbang tinggi

Terus kuat & jangan fikir apa yang cakap buruk

Untuk rekod, Amarra merupakan peserta TTMM2 yang digandingkan bersama bapanya, Azad Jazmin sebagai pengurus, selain mempunyai dua lagi adik perempuan iaitu Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.
Sumber: Instagram eirasyaziraofficial




