harisfadli@hmetro.com.my
Sungai Buloh: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Mya Qyasyeh Qyaisara Abdullah, 15, yang dilaporkan hilang hari ini.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu remaja perempuan itu pada 12.34 tengah hari tadi.
“Ibu Orang Hilang (OH) menyatakan bahawa anak perempuannya keluar dari rumah sejak jam 7.10 pagi hari ini. Kali terakhir dilihat berpakaian sekolah baju putih, berkain biru, bertudung putih dan berselipar.
“Kali terakhir OH dilihat di Pangsapuri Orkid, Jalan Waruna U5/131A, Bandar Pinggiran Subang di Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, remaja terbabit berbadan kurus berat badan kira-kira 49 kilogram (kg) dan ketinggian sekitar 157 centimeter, berkulit coklat, rambut panjang berwarna hitam dan memiliki tahi lalat di pipi kiri.
Katanya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau hubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Mohd Hizam Talib di talian 0126550252.
Mya Qyasyeh Qyaisara, shah alam,
© New Straits Times Press (M) Bhd




