hifzuddin@bh.com.my
Sungai Petani: Lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga menyebabkan keguguran, di sini, bulan lalu, tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani hari ini, untuk pertuduhan.
Suspek berusia 43 tahun yang memakai pakaian penjara warna jingga itu dibawa menaiki van Jabatan Penjara Malaysia dan tiba pada 8.30 pagi dengan diiringi kenderaan polis.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita yang juga penjawat awam cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa turut mengalami keguguran.
Wanita berusia 39 tahun itu keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu.
Suaminya yaanfg melarikan diri selepas kejadian itu ditahan polis di sekitar Alor Setar.
Polis sebelum ini turut mengesahkan suspek adalah lelaki yang sama disabitkan kesalahan memukul isteri di Johor Bahru pada 2021.
© New Straits Times Press (M) Bhd




