Abang Tuntut Faraid Lepas 3 Bulan Adik Meninggal Dunia, Tak Puas Hati Balu Diam Membisu

Abang Tuntut Faraid Lepas 3 Bulan Adik Meninggal Dunia, Tak Puas Hati Balu Diam Membisu

Trending

Isu faraid jadi perdebatan selepas balu diam 3 bulan, keluarga mula tuntut pembahagian harta arwah.


Isu pembahagian harta pusaka kembali hangat diperkatakan apabila satu perkongsian di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Seorang pengguna Thread dikenali sebagai nadeeya05 berkongsi situasi dalam keluarganya apabila suaminya berasa tidak puas hati dengan sikap balu kepada arwah adiknya yang dilihat tidak mengambil sebarang tindakan berkaitan faraid walaupun sudah tiga bulan berlalu.

Suami dakwa layak dapat faraid

Faraid

Menurut perkongsian tersebut, arwah adik kepada suaminya meninggal dunia tanpa meninggalkan zuriat, hanya seorang balu.

Suami aku tak puas hati adik lelaki sebapa lain ibu dah 3 bulan meninggal dunia tapi balu diam membisu. Suami cakap dia layak dapat faraid sebab adik lelaki dia mati tinggalkan balu je tak ada anak.

Situasi ini membuatkan suaminya merasakan dia berhak untuk menuntut bahagian faraid sebagai waris lelaki.

Harta arwah dikatakan banyak, termasuk simpanan

Abang Tuntut Faraid Lepas 3 Bulan Adik Meninggal Dunia, Tak Puas Hati Balu Diam Membisu

Tambahnya lagi, arwah dikatakan memiliki pelbagai aset yang agak besar nilainya.

Walaupun bukan seibu tapi suami aku dengan arwah sebapa dan suami aku lelaki. Adik dia berharta, Rumah, kereta, motor, ni yang nampak di mata kasar. Yang tak nampak KWSP, tabung haji mesti banyak.

Difahamkan juga, sepanjang perkahwinan, arwah yang bekerja manakala isterinya berhenti kerja selepas beberapa tahun berkahwin.

Faraid

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempunyai pandangan berbeza. Rata-rata netizen mengkritik tindakan menuntut harta terlalu awal ketika balu masih dalam tempoh berkabung.

Pssttt! Isu faraid bukan sekadar soal harta, tetapi melibatkan hukum agama dan juga perasaan manusia. Walaupun pembahagian perlu dilakukan, cara dan masa juga memainkan peranan penting. Empati terhadap balu yang sedang berduka tidak sepatutnya diabaikan demi mengelakkan konflik dalam keluarga.

Kredit: Thread nadeeya05
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top