7 maut, 23 cedera bas jatuh gaung

7 maut, 23 cedera bas jatuh gaung
7 maut, 23 cedera bas jatuh gaung

Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala 23 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung. Foto Agensi

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala 23 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan, kata pegawai pada Jumaat.

Kemalangan berlaku pada Khamis di daerah Jhal Magsi apabila bas berkenaan terbabas sebelum terbalik ke dalam sungai di sepanjang Lebuhraya M-8, kata seorang pegawai polis tempatan kepada Xinhua.

Pegawai Kesihatan Daerah Ali Khan Magsi memberitahu media bahawa mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

Pegawai penyelamat berkata, operasi menyelamat terjejas berikutan kekurangan ambulans.

Polis melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.- Bernama-Xinhua

Scroll to Top