Iran beri amaran perkaya uranium hingga 90 peratus jika diserang semula AS, Israel

Iran beri amaran perkaya uranium hingga 90 peratus jika diserang semula AS, Israel
Iran beri amaran perkaya uranium hingga 90 peratus jika diserang semula AS, Israel

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian berkekalan.

ISTANBUL – Iran pada Selasa memberi amaran bahawa antara tindak balas yang boleh diambilnya ialah memperkaya uranium sehingga 90 peratus sekiranya Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan semula serangan terhadap wilayahnya, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami akan menelitinya di Parlimen,” kata jurucakap Jawatankuasa Dasar Luar dan Keselamatan Negara Parlimen Iran Ebrahim Rezaei menerusi hantaran di platform X.

Kenyataan Rezaei dibuat ketika ketegangan serantau semakin memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari, yang mencetuskan tindak balas Teheran terhadap Israel serta sekutu AS di Teluk selain penutupan Selat Hormuz.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian berkekalan. Gencatan senjata itu kemudiannya dilanjutkan Presiden AS Donald Trump tanpa tempoh akhir ditetapkan.

Pada Ahad, Iran menyerahkan kepada Pakistan maklum balasnya terhadap cadangan AS untuk menamatkan perang itu, namun Trump menolaknya dengan menyifatkan cadangan berkenaan sebagai “langsung tidak boleh diterima.”

 

 

Scroll to Top