Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pagi tadi sempena program Ekspedisi Mahkota Borneo.
Baginda memulakan pendakian dari checkpoint Panalaban pada pukul 2.30 pagi sebelum tiba dengan selamat di puncak gunung tertinggi negara itu dalam keadaan cuaca yang baik serta penuh semangat.


Kejayaan tersebut mencerminkan ketahanan fizikal, disiplin dan kecekalan tinggi Tengku Hassanal dalam menjayakan misi ekspedisi berkenaan.

Artikel lain: Tengku Hassanal tegur wakil rakyat -“Bukannya tunjuk muka menjelang pilihan raya sahaja”
Ekspedisi Mahkota Borneo turut dilihat membawa simbol keberanian, perpaduan dan semangat cintakan alam semula jadi, selain menjadi inspirasi kepada golongan belia untuk terus mencabar kemampuan diri serta mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Pendakian itu juga menjadi manifestasi komitmen baginda dalam mendekati rakyat selain menyantuni komuniti setempat sepanjang program ekspedisi berlangsung.

Program berkenaan mendapat perhatian ramai di media sosial yang rata-ratanya kagum dengan semangat serta kesungguhan Tengku Mahkota Pahang menamatkan pendakian ke puncak ikonik negara itu.
Sumber: FB Kesultanan Pahang




