Kerbau Albino ‘Donald Trump’ Curi Perhatian, Miliki Rambut Keemasan Seakan Presiden AS

Kerbau Albino ‘Donald Trump’ Curi Perhatian, Miliki Rambut Keemasan Seakan Presiden AS

Bukan artis, bukan ahli politik, tapi seekor kerbau albino pula yang tiba-tiba jadi perhatian ramai di Bangladesh gara-gara rupa uniknya yang mencuri tumpuan.

Memetik laporan Sinar Harian, kerbau berwarna merah jambu dengan bulu keemasan di bahagian kepala itu digelar ‘Donald Trump’ kerana dikatakan mempunyai gaya rambut seakan Presiden Amerika Syarikat.

Gelaran ‘Donald Trump’ kerana bulu keemasan di kepala

Kerbau seberat hampir 700 kilogram itu dipelihara di Rabeya Agro Farm yang terletak di kawasan Paikpara, Narayanganj, Bangladesh.

Menurut pemilik ladang, Ziauddin Mridha, nama tersebut sebenarnya diberikan secara spontan oleh adiknya selepas melihat gaya rambut haiwan berkenaan.

Sejak tular di media sosial, kerbau albino itu mula menjadi tarikan orang ramai yang datang ke ladang tersebut untuk melihat sendiri, mengambil gambar dan menyentuhnya dari dekat.

Pengunjung teruja tengok sendiri dari dekat

Donald Trump
Kredit foto unbcombd

Ziauddin berkata, kerbau itu dibelinya di pasar ternakan di Rajshahi kira-kira 10 bulan lalu. Haiwan tersebut juga telah dijual pada harga 550 taka Bangladesh atau kira-kira RM17.60 sekilogram mengikut berat hidup dan dijangka diserahkan kepada pemilik baharu minggu depan.

Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Russell berkata, dia datang ke ladang itu selepas melihat video kerbau berkenaan di Facebook.

Seorang lagi pengunjung, Mim, yang hadir bersama anaknya pula mengakui pada awalnya dia menyangka perbandingan itu agak keterlaluan apabila melihat gambar di media sosial.

Namun selepas melihatnya sendiri, mereka merasakan memang ianya kelihatan seperti Trump dan nama diberikan sesuai.

Dimandikan empat kali sehari

Walaupun menjadi perhatian ramai kerana rupanya, penjagaan kerbau albino itu juga bukan biasa-biasa.

Penjaga ladang, Kawser berkata, haiwan berkenaan menerima penjagaan rapi termasuk dimandikan sebanyak empat kali sehari.

Katanya, kerbau itu turut diberi makanan seperti jagung, hampas minyak, dedak, sekam padi dan rumput.

Dalam masa sama, pihak ladang memaklumkan mereka menyediakan kira-kira 200 ekor lembu dan kerbau sempena sambutan Aidiladha tahun ini, dengan hampir kesemuanya telah ditempah pembeli.

Pssttt! Tak sangka seekor kerbau pun boleh jadi sensasi bila ada rupa yang unik dan mudah dikaitkan dengan figura terkenal dunia. Apa pun, kisah kerbau albino ‘Donald Trump’ ini membuktikan kuasa media sosial memang luar biasa. Daripada sekadar haiwan ternakan, terus jadi tarikan orang ramai sampai ramai sanggup datang tengok sendiri.

Kredit: Sinar Harian | Youtube
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top