COLOGNE – Pihak berkuasa Jerman ‘menahan’ sebuah robot selepas didakwa melakukan serangan seksual ke atas seorang gadis berusia 16 tahun.Siasatan turut menumpukan kepada peranan dua remaja lelaki yang dipercayai mengawal robot itu ketika kejadian.Kedua-duanya belum didakwa, namun dinamakan sebagai suspek dalam kes berkenaan.Menurut siasatan awal, robot itu didakwa menyentuh kemaluan mangsa ketika kejadian pada akhir minggu lalu.Kedua-dua individu tersebut turut disyaki merakam kejadian dan menyiarkannya secara langsung di internet.Insiden gangguan seksual itu berlaku berhampiran sebuah restoran makanan segera di Cologne.Jurucakap polis Cologne, Christoph Burmester berkata, penyiasat sedang menentukan sama ada pergerakan robot itu diprogramkan lebih awal atau dikawal dari jauh secara langsung.Robot setinggi kira-kira 120 sentimeter itu ditemui di dalam ruang but sebuah kenderaan dan dimiliki remaja lelaki berusia 19 dan 16 tahun.Polis turut merampas telefon bimbit milik kedua-dua lelaki suspek. Peranti berkenaan mungkin menjadi bahan bukti dalam siasatan dakwaan rakaman, siaran langsung dan komen yang dimuat naik di internet.Satu video yang tular menunjukkan robot itu berkelakuan tidak senonoh setelah menghampiri sekumpulan wanita sebelum menolak seorang daripada mereka dan memeluk beberapa yang lain. – Agensi



