‘Kita akan lawan!’ – AMK Johor

‘Kita akan lawan!’ – AMK Johor
‘Kita akan lawan!’ – AMK Johor

Faezuddin berkata, AMK Johor akan melawan bersungguh-sungguh BN dalam PRN Johor selepas BN umum bertanding solo.

JOHOR BAHRU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor berikrar untuk menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang selepas gabungan politik itu mengumumkan bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua AMK Johor, Faezuddin Puad berkata, pihaknya akan melawan bersungguh-sungguh jika itu sudah menjadi pilihan BN.

“Kita ambil maklum dan kita akan lawan! Sewaktu berkawan, kita berkawan sungguh-sungguh. Tapi bila kamu pilih untuk berpecah dan berlawan, kita juga akan berlawan sungguh-sungguh.

“Biar rakyat menilai. Kepada ALLAH SWT kita berserah,” ujar beliau yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pulai dalam kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN dalam PRN Johor akan datang selepas mengambil maklum suara dan harapan kepimpinan akar umbi BN dan juga UMNO Johor.

Scroll to Top