Senat AS sekat projek mega ballroom Trump bernilai RM1.6 bilion

Senat AS sekat projek mega ballroom Trump bernilai RM1.6 bilion
Senat AS sekat projek mega ballroom Trump bernilai RM1.6 bilion

Projek itu turut merobohkan struktur yang mempunyai nilai sejarah penting. – Foto Agensi

WASHINGTON – Seorang pegawai Senat menyekat peruntukan dana keselamatan yang sepatutnya digunakan oleh Presiden AS, Donald Trump untuk projek mega dewan ballroom di Rumah Putih.

Keputusan dibuat ahli Parlimen Senat, Elizabeth MacDonough pada Sabtu dijangka memberi tamparan hebat kepada pentadbiran Trump yang mahu menggunakan wang pembayar cukai bagi merealisasikan projek kontroversi tersebut yang sebelum ini turut berdepan halangan birokrasi dan semakan perundangan mahkamah.

MacDonough memutuskan bahawa peruntukan dana keselamatan itu tertakluk kepada peraturan dewan yang memerlukan 60 undi untuk diluluskan yang dijangka mustahil memandangkan Republikan memegang majoriti 53-47 di Senat.

Sebelum ini, Trump dengan yakin menyatakan pembinaan ballroom tersebut akan dibiayai derma peribadi berjumlah AS$400 juta (RM1.6 bilion), namun anggota Republikan di Senat mahu mendapatkan dana pembayar cukai berjumlah AS$1 bilion (RM3.9 bilion) atas alasan untuk menaik taraf ciri keselamatan dan struktur lain.

Anggota Demokrat juga lantang mengkritik projek itu yang disifatkan pembaziran besar di tengah-tengah rakyat Amerika sedang berdepan kos sara hidup yang tinggi termasuk kenaikan harga bahan api. – Agensi

Scroll to Top