Myanmar bakal laksana hukum mati terhadap ‘scammer’

Myanmar bakal laksana hukum mati terhadap ‘scammer’
Myanmar bakal laksana hukum mati terhadap ‘scammer’

Myanmar menerbitkan satu RUU Parlimen hari ini yang mencadangkan hukuman mati terhadap individu yang didapati menahan atau memaksa mangsa secara ganas untuk bekerja di pusat penipuan dalam talian.

NAYPYIDAW – Myanmar menerbitkan satu rang undang-undang (RUU) Parlimen hari ini yang mencadangkan hukuman mati terhadap individu yang didapati menahan atau memaksa mangsa secara ganas untuk bekerja di pusat penipuan dalam talian.

Kegiatan pusat scam internet dilaporkan semakin berkembang di negara yang sedang bergolak akibat perang saudara itu, dengan sindiket menyasarkan pengguna internet di seluruh dunia menerusi penipuan pelaburan mata wang kripto dan penipuan cinta.

Industri haram yang dianggarkan bernilai berbilion dolar itu menarik sebahagian pekerja secara sukarela. Namun, ramai warga asing yang dihantar pulang mendakwa mereka diperdagangkan ke pusat penipuan di Myanmar sebelum dipaksa bekerja dan diseksa oleh sindiket terbabit.

RUU berkenaan mencadangkan hukuman mati bagi kesalahan melibatkan keganasan, penyeksaan, penculikan, penahanan secara tidak sah atau layanan kejam terhadap individu dengan tujuan memaksa mereka terlibat dalam penipuan dalam talian.

Cadangan undang-undang itu turut memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup terhadap pengendali pusat scam serta individu yang terbabit dalam penipuan mata wang digital atau penipuan kripto.

Parlimen Myanmar yang disokong pihak tentera dijangka mula bersidang pada minggu pertama Jun depan. – AFP

 

 

Scroll to Top