Pertahan Anwar sebagai PM, kalau mahu negara stabil – Mat Sabu

Pertahan Anwar sebagai PM, kalau mahu negara stabil – Mat Sabu

Presiden parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa rakyat supaya terus memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mahu negara kekal stabil selain ekonomi terus berkembang dalam keadaan politik semasa yang mencabar.

Pertahan Anwar sebagai PM

Memetik laporan MalaysiaGazette, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berkata, kepimpinan Anwar perlu diberi peluang meneruskan agenda pemulihan negara termasuk usaha membantu rakyat berdepan tekanan kos sara hidup serta ketidaktentuan ekonomi global.

Menurut Mat Sabu, kerajaan ketika ini mengambil pendekatan berhati-hati dalam setiap keputusan terutama membabitkan subsidi dan harga makanan bagi memastikan rakyat tidak terbeban.

“Anwar tidak buat keputusan secara melulu. Semua perkara dibincang secara mendalam kerana beliau mahu pastikan rakyat tidak terkesan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di sini, petang ini.

Beliau berkata, Anwar sentiasa memberi perhatian serius terhadap isu bekalan makanan serta kestabilan harga barangan keperluan asas.

Tambahnya, kerajaan juga mahu memastikan setiap pelarasan dasar dilaksanakan tanpa memberi tekanan tambahan kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Artikel lain: Menteri rompak kekayaan negara? PM Anwar cabar dakwaan, minta kemuka bukti!

Pada masa sama, beliau menggesa penyokong kerajaan agar terus memperkukuhkan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16.

“Kalau kita mahu negara ini terus aman dan stabil, kita mesti pertahankan kepimpinan yang ada hari ini,” tambahnya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette (Kasthuri Jeevendran)

Scroll to Top