Suspek kurung, dera, liwat remaja ditahan di KL – Polis

Suspek kurung, dera, liwat remaja ditahan di KL – Polis

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Suspek lelaki yang didakwa mengurung, mendera dan meliwat seorang remaja lelaki di Bukit Kemuning dekat sini, 12 Mei lalu sudah ditahan polis di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, suspek ditahan di bilik sewanya di Kuala Lumpur dan direman selama tiga hari sehingga esok.

“Sekiranya siasatan masih belum lengkap kita akan mohon untuk sambungan tahanan reman.

“Jadi,beri ruang untuk kita lengkapkan siasatan dan insyaAllah saya yakin akan dapat hasil yang positif terhadap tangkapan.

“Suspek tidak lari ke mana, kita tanngkap di biliknya sebab dia berkerja sebagai pemungut hutang dan bergerak menggunakan pelbagai pengangkutan awam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Seksyen 9 di sini, hari ini.

Shazeli berkata, pihaknya turut menyiasat jika syarikat pemungut hutang itu berdaftar atau tidak berdaftar.

Mengulas lanjut Shazeli berkata, setakat ini siasatan mendapati tiada individu lain yang menjadi mangsa suspek selepas laporan polis dibuat.

“Mangsa dipilih secara rawak.

“Suspek juga ada rekod jenayah menjalani hukuman penjara sebelum ini dan semakan mendapati suspek dibebaskan pada April tahun lalu,” katanya.

Pada masa sama katanya, suspek dipercayai baru sahaja berpindah ke Kuala Lumpur dari tempat kejadian di Kota Kemuning, Shah Alam.

Dalam kejadian 12 Me lalu, polis menerima maklumat kejadian menimpa remaja berusia 14 tahun itu selepas diselamatkan jiran berdekatan.

Siasatan awal mendapati suspek memperdaya mangsa dengan mengajak remaja itu berbual sebelum menawarkan satu pakej Internet telefon bimbit, berserta syarat mangsa membantu mengangkat barang dalam rumah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top