Tak ke mana jadi pelakon, Che Ta enggan anak ceburi industri seni – “Nak Aaisyah jadi ustazah”

Tak ke mana jadi pelakon, Che Ta enggan anak ceburi industri seni – “Nak Aaisyah jadi ustazah”

Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta berharap anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, memilih kerjaya yang mampu menjamin masa depan lebih stabil seperti bidang perniagaan berbanding dunia hiburan.

Nak Aaisyah jadi ustazah

Menerusi perkongsian di TikTok, Che memaklumkan tidak mahu Aaisyah yang kini berusia 12 tahun menempuh cabaran hidup sebagai anak seni sehingga akhirnya terpaksa mencari sumber pendapatan lain untuk meneruskan kehidupan.

“Saya bagi penampar nanti. Tidak perlu nak jadi pelakon atau penyanyi.
“Tak ke mana pun jadi pelakon atau penyanyi, hujung-hujung mak awak ini kena berniaga juga.
“Jadi ustazah kalau tak mahu, jadi usahawan wanita yang berjaya. Saya mahu awak jadi ustazah,” pintanya.

Dalam masa sama, Che Ta berkata dia dan suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin, sudah melalui pelbagai pengalaman sebagai selebriti dan tidak mahu anak-anak mereka berdepan kesukaran sama.

“Jadi ustazah sejuk sikit perut mommy dengan daddy.
“Tak payah jadi artis, mommy dengan daddy sudah lalui, hujung-hujung kena cari cabang lain demi meneruskan kehidupan yang selesa,” ujarnya,

Bagaimanapun, Aaisyah dilihat berseloroh apabila menegaskan ibunya tidak boleh menentukan sepenuhnya hala tuju kehidupannya pada masa depan.

Artikel lain: Che Ta minta anak jaga batas, pesan fasa bertunang penuh ujian

“Ini perjalanan hidup saya, bukan awak. Mummy tidak boleh beritahu apa yang saya perlu buat atau mahu jadi,” tambahnya lagi sambil berseloroh.

Sumber: TikTok rozitachewan1

Scroll to Top