Lebih 12,000 peserta membanjiri Dataran Wawasan, Putrajaya sempena PERKESO Run & Ride 2026, pada 17 Mei baru-baru ini.
Untuk edisi penganjuran kali ini menyaksikan lebih 30 peratus peserta terdiri daripada golongan berusia 40 hingga 50 tahun.


Umur bukan alasan untuk terus aktif dan menjaga kesihatan. Tambah menyentuh hati bila komuniti OKU juga turut memeriahkan acara dengan semangat yang cukup luar biasa.
Meriah dengan kehadiran segenap lapisan masyarakat

Acara berjalan lancar dengan cuaca sangat baik dan suasana sepanjang program memang meriah.
Peserta berbasikal dilepaskan pada kira-kira jam 7 pagi sebelum diikuti para pelari bagi kategori 12, 6 dan 3 km.

Acara kemuncak adalah cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah Proton Saga terbaru.
Turut ditawarkan sebagai hadiah untuk cabutan bertuah ini adalah berupa motosikal, basikal, serta barangan elektronik.
Kehadiran dif-dif kehormat
Timbalan Menteri KESUMA, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan merasmikan program ini. Turut bersama adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa) KESUMA yang menanggung tugas Ketua Setiausaha KESUMA, Dr. Shaharin Umar.

Turut menyerikan acara adalah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Rahimi Ismail; Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA, Sutekno Ahmad Belon; serta Pengerusi Lembaga PERKESO, Dato’ Sri Subahan Kamal.
Tidak ketinggalan, Pengerusi Lembaga Pusat Rehabilitasi PERKESO, Dr. Helmy Nadine Haja Mydin, Presiden Perbadanan Putrajaya; YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri Abdul Kadir yang menghadiri PERKESO Run & Ride 2026.
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.



