“Semoga Jadi Guru Berdedikasi Macam Arwah Mak Impikan” – Ubai Hadiahkan Adik Suzuki Vitara

“Semoga Jadi Guru Berdedikasi Macam Arwah Mak Impikan” – Ubai Hadiahkan Adik Suzuki Vitara

“Semoga Jadi Guru Macam Arwah Mak Impikan” – Ubai Hadiahkan Adik Kereta Suzuki Vitara

Pempengaruh media sosial, Ubai menghadiahkan sebuah kereta jenama Suzuki Vitara buat adik perempuannya.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Ubai meluahkan rasa syukur dapat berkongsi rezeki dengan ahli keluarganya.

BACA: Ubai Ajar Shila Amzah Hidup Macam Orang Biasa

Dalam hantaran berkenaan, Ubai turut berharap adiknya dapat menjadi guru berdedikasi seperti yang arwah ibu mereka impikan.

“Alhamdulillah, dapat hadiahkan adik saya sebuah kereta.

“Semoga menjadi guru yang berdedikasi seperti arwah mak impikan. Dan semoga lebih ‘kalcer’ bersama kereta baru selepas ini,” katanya.


Scroll to Top