Tuduhan pelancong Malaysia tak bayar makanan di restoran popular Indonesia cuma salah faham

Tuduhan pelancong Malaysia tak bayar makanan di restoran popular Indonesia cuma salah faham
Tuduhan pelancong Malaysia tak bayar makanan di restoran popular Indonesia cuma salah faham

Situasi yang berlaku di salah sebuah restoran popular di Indonesia itu tular di media sosial.-Agensi

JAKARTA – Isu melibatkan sekumpulan pelancong Malaysia yang didakwa belum membuat bayaran selepas menjamu selera di restoran terkenal, Pagi Sore cawangan Jakarta Utara, tular di media sosial.

Memetik laporan media Indonesia, Detik.com pada Isnin, rombongan pelancong terbabit dilaporkan sudah melunaskan bayaran makanan menggunakan kad bank, namun berlaku salah faham ketika proses semakan pembayaran dilakukan.

Menurut laporan itu, bil makanan berjumlah 907,000 rupiah (sekitar RM 204.11) didakwa belum dibayar sebelum kumpulan pelancong berkenaan menunjukkan bukti resit transaksi yang disimpan di dalam beg mereka.

Insiden tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pihak pengurusan pelancongan dan pelanggan terbabit sebelum perkara itu akhirnya diperjelaskan kepada pihak restoran.

Pihak restoran Pagi Sore kemudian menjelaskan kejadian berlaku disebabkan salah faham dalam sistem pembayaran.

Kes itu turut menjadi perhatian ramai di media sosial apabila sebuah akaun pelancongan dari Malaysia menyeru orang ramai memboikot restoran berkenaan.

Rata-rata netizen turut mempersoalkan sistem pembayaran restoran itu yang dianggap kurang teratur sehingga mencetuskan kekeliruan terhadap pelanggan.- Agensi

Scroll to Top