BOISE, IDAHO – Sebuah pertunjukan udara di Amerika Syarikat bertukar cemas apabila dua jet pejuang Tentera Laut bertembung ketika melakukan aksi penerbangan di ruang udara negeri Idaho.Insiden itu berlaku semasa pameran udara Gunfighter Skies yang diadakan di Pangkalan Angkatan Udara Mountain Home, melibatkan dua pesawat Boeing EA-18G Growler.Menurut laporan, kedua-dua jet hilang kawalan selepas bertembung sebelum berpusing di udara dan terhempas ke kawasan berhampiran.Bagaimanapun, kesemua empat kru termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan kerusi anjal beberapa saat sebelum nahas berlaku.Jurucakap Tentera Laut AS, Antwain Hanks mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kawasan insiden segera ditutup selepas kemalangan dilaporkan sekitar pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan.Seorang saksi yang berada di lokasi berkata dia terdengar orang ramai menjerit memaklumkan sebuah pesawat telah terhempas sebelum melihat beberapa payung terjun turun dari udara bersama kepulan asap hitam.Walaupun kejadian itu mencetuskan panik dalam kalangan penonton, suasana di lokasi dilaporkan masih terkawal. Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut.



