Kes pengubahan wang haram melibatkan Jabatan Air Sabah akhirnya sampai ke penghujung apabila bekas pengarahnya dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan denda sebanyak RM284.3 juta.
Lagi mengejutkan, jumlah denda yang dikenakan memang buat ramai ternganga. Mahkamah mendapati penjelasan diberikan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap bukti pihak pendakwaan.
Isteri dan bekas timbalan pengarah pula dibebaskan

Dalam masa sama, isteri kepada Ag Mohd Tahir iaitu Fauziah Piut dan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan.
Mahkamah memutuskan tidak selamat untuk mensabitkan kedua-dua mereka dalam kes ubah wang haram itu. Fauziah juga dibebaskan daripada dua pertuduhan bersama suaminya selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen niat bersama.
Untuk korang yang tak tahu, ketiga-tiga mereka sebenarnya didakwa sejak 28 Disember 2016 lagi dan semuanya mengaku tidak bersalah.
Perbicaraan pula hanya bermula pada Mei 2018 selepas beberapa siri penangguhan dengan pihak pendakwaan memanggil seramai 46 saksi sepanjang prosiding berlangsung.
Libatkan wang tunai dan aset mewah

Antara yang dikaitkan dalam kes ini termasuk wang tunai jutaan ringgit, beberapa akaun bank dan kenderaan mewah seperti Toyota Land Cruiser.
Kesalahan itu didakwa berlaku di beberapa lokasi termasuk pejabat Jabatan Air Sabah, rumah di Sembulan, kondominium di Sulaman dan sebuah menara di Kuala Lumpur sekitar Oktober hingga November 2016.
Pssttt! Bila tengok kes macam ni, memang jelas amanah dalam kerja bukan benda yang boleh dibuat main. Korang mungkin boleh sorok lama, tapi bila sampai masa, semuanya tetap akan terbongkar juga.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




