Piala Dunia ISTAF: Malaysia pertahan kejuaraan kuadran

Piala Dunia ISTAF: Malaysia pertahan kejuaraan kuadran
Piala Dunia ISTAF: Malaysia pertahan kejuaraan kuadran

Pemain dan pegawai Malaysia melakukan sujud syukur selepas berjaya mempertahankan kejuaraan acara kuadran Piala Dunia ISTAF.

SKUAD kuadran negara mempertahankan kejuaran Piala Dunia ISTAF selepas menewaskan India dalam aksi dua set yang mendebarkan di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Dalam pertemuan itu, anak buah Ahmad Jais Baharun bermula agak goyah di set pertama dan satu ketika ketinggalan dan seakan memberikan kemenangan kepada India.

Namun, sorakan padu hampir 3,000 penyokong menyuntik semangat pemain untuk mengejar mata sebelum meraih kemenangan 17-15.

Di set kedua, Malaysia bermain lebih berhati-hati dan mengurangkan kesilapan dan hasilnya meraih kemennangan 15-10.

Turut hadir menyaksikan aksi final tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari dan Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan.

Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas melakukan kebangkitan dramatik menewaskan Vietnam 2-1 pada sebelah petang.

Malaysia pernah mencatat kenangan manis dalam acara kuadran selepas muncul juara Piala Asia tahun lalu selepas mengalahkan Jepun 2-0.

Scroll to Top