Empat suspek bunuh pemuda OKU didakwa mahkamah pagi ini

Empat suspek bunuh pemuda OKU didakwa mahkamah pagi ini

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Empat suspek yang dipercayai terbabit kes bunuh pemuda orang kurang upaya (OKU) di Ladang Merdeka Cherbu, Bachok pada 14 April lalu tiba di mahkamah untuk proses pendakwaan.

Kesemua mereka berusia 25 hingga 27 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah jam 8.30 pagi tadi dengan menaiki kenderaan polis.

Dua daripada suspek dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala dua lagi di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan iaitu melupuskan keterangan dan menyembunyikan bukti.

Media sebelum ini melaporkan, dendam lama dipercayai menjadi punca seorang pemuda OKU lembam dipukul sebelum ditinggalkan di Ladang Merdeka Cherbu, dekat Bachok pada 14 April lalu.

Mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, ditemukan terbaring oleh penduduk kampung dengan berlumuran darah sebelum meninggal dunia keesokannya ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top