Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila memuat naik konten yang dianggap kurang sesuai untuk dikongsikan secara terbuka di media sosial.
Tayang lima saman sebulan

Menerusi hantaran di TikTok, Leona turut mendedahkan dia sudah menerima saman kelima dalam tempoh sebulan, sekali gus mengundang perhatian ramai pengikutnya di platform berkenaan.
“Setidaknya saya mendapat matcha,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Susulan itu, ruangan komen dipenuhi kritikan netizen yang menyifatkan perkongsian berkenaan seolah-olah memberi contoh kurang baik kepada pengikut, khususnya golongan muda yang menjadikannya sebagai pempengaruh dan ikon media sosial.

Dalam masa sama, ada juga yang berpandangan setiap individu perlu lebih berhati-hati ketika berkongsi perkara berkaitan pelanggaran peraturan atau undang-undang kerana ia boleh mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap sesuatu tindakan.
Dia buat macam streak

Bukan contoh yang baik

Jangan sebab kaya boleh langgar undang-undang

Artikel lain: Leona tegur aksi bahaya kejar di jalan raya, netizen kata: “Kesan buruk bila dedah nombor plat kereta!”
Terdahulu, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu tampil menegur tindakan segelintir individu yang mengejarnya di jalan raya, yang disifatkan boleh mengundang risiko keselamatan dan kemalangan.
Tambahnya lagi, dia tidak menghalang orang ramai untuk mengambil gambar sekiranya terserempak dengannya di tempat awam, namun tindakan mengejar kenderaan sehingga cuba berinteraksi ketika memandu adalah tidak wajar.
Sumber: TikTok leonathe2nd




