“Sudah 2 bulan tangani jerebu…” -Fadhlina jawab kritikan netizen, jelaskan tindakan KPM

“Sudah 2 bulan tangani jerebu…” -Fadhlina jawab kritikan netizen, jelaskan tindakan KPM

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek tampil menjawab kritikan seorang pengguna media sosial yang mendakwa Kementerian Pendidikan (KPM) lambat bertindak dalam menangani isu jerebu yang menjejaskan sektor pendidikan.

Sudah dibincangkan lebih dua bulan

Menerusi hantaran di platform Thread, Fadhlina menjelaskan bahawa isu berkenaan sebenarnya sudah dibincangkan sejak lebih dua bulan lalu, manakala pertemuan terbaharu diadakan bagi memperkemas penyelarasan antara agensi yang terlibat.

KPM tidak boleh buat keputusan secara sendirian

Menurutnya, KPM tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian kerana pengurusan jerebu turut membabitkan tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan, Agensi Pengurusan Bencana Negara serta agensi lain.

“Jadi memang kena duduk berbincang dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial, telah mempersoalkan tindakan KPM yang didakwa lambat menangani isu jerebu meskipun masalah itu telah berlarutan lebih dua bulan.

Bagaimanapun, pengguna berkenaan menegaskan bahawa kritikannya bukan bertujuan menentang menteri terbabit, sebaliknya mempersoalkan kelajuan tindakan yang diambil dalam menangani situasi tersebut.

Scroll to Top