LATEST

Pemandu selamat, kereta diletak di tebing sungai hanyut dibawa arus

Pemandu selamat, kereta diletak di tebing sungai hanyut dibawa arus

hafidzul@hmetro.com.my

Baca juga: Pekerja Amazon di 20 negara lancar mogok, protes

Kuala Lumpur: Sebuah kereta yang diletakkan di tebing sungai berhampiran Jalan Sultan Ismail di sini, hanyut dibawa arus deras susulan peningkatan paras air akibat hujan lebat, petang tadi.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan yang juga lelaki warga China dilaporkan selamat dalam kejadian berhadapan sebuah kondominium itu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.45 petang.

Sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak segera digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 2.8 kilometer.

Menurutnya, pihaknya menemui pemilik kenderaan berkenaan sebaik tiba di lokasi.

“Hasil maklumat diperoleh mendapati kenderaan itu diparkir di tebing sungai sebelum dihanyutkan arus sungai. Kejadian berlaku ketika pemilik kenderaan berkenaan sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi terbabit,” katanya hari ini.

Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada 4.23 petang sebelum ditamatkan lapan minit kemudian, dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news