‘Isteri saya penyelam terbaik dunia, tak mungkin cuai’

‘Isteri saya penyelam terbaik dunia, tak mungkin cuai’

MALE – Suami kepada ketua kumpulan penyelam Itali yang maut dalam tragedi gua laut di Maldives tampil mempertahankan reputasi isterinya dengan menegaskan wanita itu merupakan antara penyelam terbaik dunia dan tidak pernah cuai sepanjang penglibatannya dalam aktiviti selaman.

Carlo Sommacal berkata, isterinya, Monica Montefalcone yang juga profesor Universiti Genoa dan pakar ekologi marin, sudah melakukan kira-kira 5,000 selaman sepanjang kariernya.

Menurutnya, pengalaman luas dimiliki Montefalcone membuktikan mangsa sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika melakukan selaman.

“Saya bukan pakar dan tidak berada di lokasi, tetapi daripada apa yang saya baca, pakar sendiri masih belum mempunyai jawapan pasti dan hanya membuat pelbagai hipotesis,” katanya.

Mayat empat lagi pelancong Itali yang hilang ketika menyelam di sebuah gua bawah laut di Maldives akhirnya ditemukan pada Isnin. Foto AP

Mayat empat lagi pelancong Itali yang hilang ketika menyelam di sebuah gua bawah laut di Maldives akhirnya ditemukan pada Isnin. Foto AP

Montefalcone mengetuai kumpulan lima penyelam Itali yang maut ketika meneroka sistem gua dasar laut di Devana Kandu, Maldives pada Khamis lalu.

Anak perempuannya, Giorgia Sommacal turut terkorban bersama ahli biologi Federico Gualtieri, penyelidik Muriel Oddenino dan jurulatih selaman Gianluca Benedetti.

Insiden itu disifatkan sebagai tragedi penyelaman paling buruk dalam sejarah Maldives.

Jurucakap Pejabat Presiden Maldives, Mohamed Hussain Shareef berkata, kerajaan hanya meluluskan permit penyelidikan batu karang lembut di lokasi berkenaan dan tidak dimaklumkan mengenai rancangan melakukan selaman gua.

Dari kiri, Monica Montefalcone, Muriel Oddenino, Giorgia Sommacal dan Federico Gualtieri.

Dari kiri, Monica Montefalcone, Muriel Oddenino, Giorgia Sommacal dan Federico Gualtieri.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyelam maut ketika cari empat mayat pelancong di gua dasar laut

Misi keluarkan mayat pelancong laut Maldives sebelum dibaham jerung

Misteri tragedi ‘gua jerung’ Maldives: Pakar dedah beberapa teori punca kematian lima penyelam

Mayat empat pelancong Itali ditemukan dalam ‘gua jerung’ Maldives

“Apa yang kami tidak tahu ialah mereka merancang untuk melakukan selaman gua.

“Penyelaman gua ialah disiplin berbeza dengan cabaran dan risiko tersendiri, terutama pada kedalaman seperti itu. Banyak perkara boleh berlaku,” katanya kepada Reuters.

Pada Isnin, penyelam pakar dari Finland berjaya menemukan dua mayat mangsa di dalam sistem gua berkenaan, manakala mayat Benedetti ditemukan di luar gua pada hari mereka dilaporkan hilang.

Pasukan Pengawal Pantai Angkatan Pertahanan Nasional Maldives (MNDF) menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Vaavu Atoll.-Agensi

Pasukan Pengawal Pantai Angkatan Pertahanan Nasional Maldives (MNDF) menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Vaavu Atoll.-Agensi

Rangkaian penyelam Divers Alert Network Europe yang mengetuai misi pencarian berkata, pasukan mereka menggunakan sistem teknikal canggih termasuk alat pernafasan litar tertutup bagi mengesan mayat mangsa.

Veteran penyelam Maldives, Shafraz Naeem yang pernah meneroka sistem gua Devana Kandu lebih 30 kali berkata, pintu masuk gua itu terletak pada kedalaman kira-kira 55 meter.

Menurutnya, cahaya hanya mampu menembusi ruang pertama gua sebelum keadaan menjadi gelap sepenuhnya.

“Selaman menggunakan udara termampat pada kedalaman seperti ini amat berbahaya.

“Secara teori, keracunan oksigen boleh mula berlaku sekitar kedalaman 55 meter. Ia sangat berisiko dan sukar dijangka,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyelam maut ketika cari empat mayat pelancong di gua dasar laut

Misi keluarkan mayat pelancong laut Maldives sebelum dibaham jerung

Namun, bekas jurulatih selaman Muriel Oddenino, Riccardo Gambacorta tidak percaya mangsa maut akibat keracunan oksigen semata-mata.

“Saya percaya mungkin berlaku insiden tidak dijangka di bawah air.

“Mereka mungkin tidak menjangkakan situasi tertentu ketika berada di dalam gua,” katanya.

Operasi mencari sebelum ini terpaksa dihentikan sementara selepas seorang anggota penyelam tentera Maldives maut akibat penyakit penyahmampatan ketika menyertai misi menyelamat.

Operasi mencari sebelum ini terpaksa dihentikan sementara selepas seorang anggota penyelam tentera Maldives maut akibat penyakit penyahmampatan ketika menyertai misi menyelamat.

Mohamed Hussain Shareef berkata, operasi bot yang digunakan kumpulan penyelam itu turut digantung sementara kerana dipercayai tidak memiliki permit sekolah selaman seperti ditetapkan undang-undang Maldives.

Bagaimanapun, pengendali bot MV Duke of York, Abdul Muhsin Moosa berkata, bot itu mempunyai permit bagi aktiviti selaman rekreasi sehingga kedalaman 30 meter.

Katanya, semua penyelam telah diberikan taklimat mengenai had selaman rekreasi di Maldives dan tidak dibenarkan melebihi kedalaman tersebut.

Setakat ini, pihak berkuasa masih menyiasat sama ada arus kuat turut memainkan peranan menyebabkan kumpulan itu tenggelam lebih dalam daripada yang dirancang. – Agensi

 

 

Scroll to Top