Trending
Menurut TNB, kerja di lokasi tidak boleh terus dijalankan sebelum ini kerana tertakluk kepada beberapa kelulusan.
Kisah sebuah keluarga di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut yang didakwa hampir 13 tahun hidup tanpa bekalan elektrik baru-baru ini benar-benar meraih perhatian ramai.
Keluarga berkenaan terpaksa memegang plakad memohon bantuan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda melalui kawasan tersebut.
Viral video Ramadhan mohon bantuan Sultan Pahang
Baginda kemudian dilihat berhenti untuk mendengar sendiri aduan keluarga berkenaan.
TNB tampil beri penjelasan
Susulan isu itu, Tenaga Nasional Berhad menerusi TNB CareLine tampil menjelaskan keadaan sebenar berhubung permintaan penyambungan bekalan elektrik di Kuala Sat, Jerantut.
Menurut TNB, pihaknya mengambil maklum mengenai isu tular tersebut dan memahami bahawa bekalan elektrik merupakan kemudahan asas yang sangat penting dalam kehidupan harian.

Dalam kenyataan sama, TNB memaklumkan permohonan berkaitan telah diterima melalui kontraktor pada hujung Disember 2025.
Selepas itu, permohonan telah dikemukakan kepada pihak berkaitan pada Januari 2026 bagi membolehkan kerja-kerja penanaman tiang dibuat.
Namun begitu, kerja di lokasi tersebut tidak boleh terus dijalankan begitu sahaja kerana ia masih tertakluk kepada beberapa kelulusan. Antaranya melibatkan aspek keselamatan, teknikal, status tanah dan izin lalu.
Terbaharu, TNB memaklumkan pihaknya telah diberi kebenaran untuk meneruskan kerja-kerja penanaman tiang pada 17 Mei 2026. Kerja di lokasi pula sudah bermula pada 20 Mei 2026.
Jika semuanya berjalan lancar, tugas penyambungan bekalan elektrik disasarkan bermula pada 24 Mei 2026.
Pssttt! Dalam zaman sekarang, elektrik bukan lagi satu kemewahan, tetapi keperluan asas untuk hidup lebih selesa. Semoga proses penyambungan ini berjalan lancar dan keluarga terbabit akhirnya dapat menikmati kemudahan yang sudah lama mereka nantikan.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




