Istanbul: Menteri Luar Itali Antonio Tajani pada Khamis mengumumkan yang beliau meminta Kesatuan Eropah untuk mengenakan sekatan terhadap Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir berhubung layanan terhadap aktivis Global Sumud Flotilla.
Tajani menerusi platform X berkata beliau secara rasmi meminta Ketua Dasar Luar EU Kaja Kallas supaya memasukkan cadangan sekatan terhadap Ben-Gvir dalam agenda mesyuarat Menteri Luar EU akan datang.
Beliau menegaskan permintaan itu dibuat susulan “tindakan yang tidak boleh diterima” terhadap flotila itu, termasuk penahanan aktivis di perairan antarabangsa serta dakwaan layanan berbentuk gangguan dan penghinaan yang melanggar hak asasi manusia paling asas.
© New Straits Times Press (M) Bhd




