Tehran: Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengumumkan bahawa 31 kapal dibenarkan melalui Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam lepas dengan penyelarasan Tentera Laut IRGC, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
“Dalam tempoh 24 jam lepas, 31 kapal termasuk kapal tangki minyak, kapal kontena dan kapal komersial lain melalui Selat Hormuz dengan penyelarasan dan perlindungan Tentera Laut IRGC,” menurut Jabatan Perhubungan Awam Tentera Laut IRGC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Menurut kenyataan itu, walaupun berlaku pencerobohan tentera Amerika Syarikat (AS) dan situasi tidak selamat yang belum pernah berlaku sebelum ini di Teluk Parsi, khususnya di Selat Hormuz, Tentera Laut IRGC berusaha memastikan laluan perkapalan yang selamat dan lancar bagi transit perdagangan global.
© New Straits Times Press (M) Bhd




