MPV mewah milik pemain bola sepak kebangsaan disita JPJ

MPV mewah milik pemain bola sepak kebangsaan disita JPJ

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah Toyota Vellfire milik seorang pemain bola sepak kebangsaan disita dalam Ops Khas Kenderaan Mewah (Luxury) di sekitar daerah ini, Khamis lalu.

Operasi dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (FALCON Kedah) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, kenderaan itu dipandu abang ipar pemain bola sepak berkenaan dan ditahan di hadapan Penjara Alor Setar jam 11.30 pagi.

“Tindakan itu diambil selepas kenderaan itu dipandu dengan cukai tamat dan tiada perlindungan insurans.

“Pemandu memberi alasan tidak tahu cukai kenderaan itu sudah tamat tempoh, dan siasatan lanjut sedang dijalankan” katanya di sini hari ini.

Stien berkata, operasi khas ini dilaksanakan bagi memastikan semua pemilik kenderaan mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya tanpa mengira status atau latar belakang.

Beliau berkata, JPJ Kedah menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan demi memastikan pematuhan undang-undang sentiasa dipatuhi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top