Iran sedia beri jaminan kepada dunia, tidak hasilkan senjata nuklear – Pezeshkian

Iran sedia beri jaminan kepada dunia, tidak hasilkan senjata nuklear – Pezeshkian
Iran sedia beri jaminan kepada dunia, tidak hasilkan senjata nuklear – Pezeshkian

Tegas Pezeshkian, perunding Iran tidak akan sekali-kali berkompromi terhadap “maruah dan kehormatan” negara itu.

ISTANBUL – Iran sedia memberi jaminan kepada masyarakat antarabangsa yang ia tidak membangunkan senjata nuklear atau mencetuskan ketidakstabilan di rantau itu, kata Presiden Masoud Pezeshkian pada Ahad.

“Sejurus sebelum kesyahidan Ayatollah (Ali) Khamenei, Pemimpin Agung Iran terdahulu, kami sudah menyatakan dan kami ulangi sekarang yang kami sedia memberi jaminan kepada dunia bahawa kami tidak menghasilkan senjata nuklear,” lapor Anadolu Ajansi memetik beliau melalui agensi berita rasmi IRNA.

“Sebaliknya, Tel Aviv yang mencetuskan ketidakstabilan serantau,” katanya sambil menuduh Israel mengamalkan agenda “Greater Israel”.

Perunding Iran tidak akan sekali-kali berkompromi terhadap “maruah dan kehormatan” negara itu, tegas Pezeshkian.

Kenyataan beliau dibuat sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, perjanjian dengan Iran untuk menamatkan perang “sebahagian besarnya sudah dirundingkan” dan menunggu ia di muktamadkan.

Ketegangan serantau meningkat sejak AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada Februari.

Teheran kemudian bertindak balas dengan serangan ke atas Israel serta sekutu AS di Teluk, selain menyebabkan penutupan Selat Hormuz.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April melalui perantaraan Pakistan dan kemudian dilanjutkan tanpa had oleh Trump.- Bernama-Anadolu

Scroll to Top