Tragedi bot penyelamat: 3 mangsa maut akibat cedera di abdomen, leher, lemas

Tragedi bot penyelamat: 3 mangsa maut akibat cedera di abdomen, leher, lemas

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Kecederaan parah pada bahagian abdomen akibat hentakan kuat, kecederaan di leher serta lemas dikenal pasti sebagai punca kematian tiga mangsa tragedi bot penyelamat yang terhempas di pelantar minyak Sepat di perairan sempadan Terengganu-Kelantan, semalam.

Nik Muhammad Hafifi Ab Majid disahkan meninggal dunia akibat kecederaan abdomen dipercayai kesan hentakan kuat, manakala Muhamad Faezuan Hakim Mohamad Bustaman pula maut akibat kecederaan pada bahagian leher.

Sementara itu, Ahmad Fiqri Zakaria, pula meninggal dunia dalam kejadian itu akibat lemas.

Kecederaan yang dialami ketiga-tiga mangsa disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, ketika dihubungi.

Proses bedah siasat ketiga-tiga mangsa dijalankan jam 10 pagi tadi dan berakhir jam 2.15 petang di unit forensik Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ).

Terdahulu, ketiga-tiga mangsa maut dalam kejadian jam 12 tengah malam semalam, manakala seorang lagi cedera selepas terbabit kemalangan ketika menjalani latihan pemindahan kecemasan menggunakan bot keselamatan tertutup di sebuah pelantar minyak di kawasan luar pesisir Terengganu – Kelantan.

Berita berkaitan:

Tragedi 3 maut di pelantar minyak: Bedah siasat terhadap mangsa dijalankan pagi ini

3 maut bot jatuh di pelantar minyak: ‘Arwah janji mahu temankan saya bersalin anak kedua, dia sudah tiada’

Tiga maut bot keselamatan jatuh ketika latihan di pelantar minyak

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top