Linda Jasmine Alami Anxiety, Tak Boleh Tidur & Hilang Selera Makan Sepanjang TTMM2

Linda Jasmine Alami Anxiety, Tak Boleh Tidur & Hilang Selera Makan Sepanjang TTMM2

Guru tari profesional, Linda Jasmine mendedahkan dia mengalami masalah kebimbangan melampau atau anxiety sepanjang menyertai program Talk To My Manager musim kedua.

Memetik mStar Online, Linda berkata dia terlalu memikirkan keadaan anaknya iaitu Ratu dan mahu berikan yang terbaik sehingga hilang selera makan.

BACA: Lepas Beri Bayangan Punca Cerai, Linda Jasmine Kunci Mulut

“Saya bukan tak sihat, cuma alami anxiety melampau. Saya selalu overthinking dan terlalu risau tentang dia serta pertandingan.

“Sampai saya tak boleh tidur dan hilang selera makan sebab telalu obses nak buat yang terbaik. Dia pun nampak keadaan saya sebab kami tinggal serumah,” katanya.

Sementara itu, Linda berkata dia bangga dengan perkembangan ditunjukkan Ratu meskipun tersingkir di minggu keenam.

“Saya sendiri tak jangka sebab dia memang tak ada pengalaman. Dia bukan penyanyi dan tak pernah buat persembahan besar seperti ini.

“Bagi seorang yang tiada latihan dan pengalaman, saya rasa dia dah buat yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Linda berkata kesihatan Ratu kurang baik malam tadi kerana mengalami demam dan tekanan darah tinggi sebelum membuat persembahan sedikit sebanyak menjejaskan persembahan.

“Tadi dia kurang sihat, dia demam. Bila saya sampai sebelum persembahan, mereka beritahu Ratu demam. Pihak perubatan ada ambil bacaan darahnya dan memang tinggi.

“Saya jadi panik. Saya rasa dia agak lemak malam tadi sebab sedang demam dan selesema. Mungkin jejaskan persembahannya,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top