Tak mampu bayar kos, ibu bapa tinggalkan jenazah anak tepi jalan

Tak mampu bayar kos, ibu bapa tinggalkan jenazah anak tepi jalan
Tak mampu bayar kos, ibu bapa tinggalkan jenazah anak tepi jalan

Nota yang ditinggalkan bersama jasad kanak-kanak yang ditinggalkan di tepi jalan.

LAMPUNG – Penduduk sebuah perkampungan di Lampung Selatan digegarkan dengan penemuan jenazah seorang kanak-kanak perempuan bersama sepucuk surat yang ditinggalkan di tepi jalan.

Dalam kejadian berlaku di Desa Rangai Tritunggal, jasad kanak-kanak malang itu ditemukan dalam bungkusan kain berwarna putih dan terdapat nota yang ditinggalkan berhampirannya.

Jasad itu ditemukan seorang lelaki yang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.

“Assalamualaikum, kepada sesiapa yang menemui mayat anak saya yang meninggal dunia kerana penyakit diabetes.

“Kami sebagai ibu bapa tidak mampu mengebumikan jenazah kerana masalah kewangan,” demikian menurut nota itu memetik laporqn Kumparan News.

Ketua Polis Katibung, Iptu Dita Hidayatullah berkata, mangsa dipercayai berumur antara 11 hingga 13 tahun dan identitinya masih belum diketahui.

“Di sekitar lokasi penemuan, polis turut menemukan sejumlah ubat-ubatan, peralatan perubatan dan minyak urut.

“Mangsa juga dipercayai sudah lama berbaring sehingga bagian pinggang mengalami luka parah,” katanya.

Ibu bapa kanak-kanak itu juga dipercayai tidak mempunyai wang yang cukup kerana digunakan untuk menjaga mangsa yang sakit.

Penduduk dan pihak berkuasa kemudian membantu menguruskan jenazah sehingga selesai proses pengebumian. – Agensi

Scroll to Top