JPV Terengganu keluar 2,340 Permit Sembelihan Luar, ibadah korban tahun ini

JPV Terengganu keluar 2,340 Permit Sembelihan Luar, ibadah korban tahun ini

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri mengeluarkan sebanyak 2,340 Permit Sembelihan Luar (PSL) bagi pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim, berkata bilangan keseluruhan permit pindah dikeluarkan adalah sebanyak 1,864.

Sehingga petang kelmarin katanya, permohonan permit penyembelihan ternakan korban dikeluarkan JPV dengan lembu mendahului senarai sembelihan iaitu 6,233 ekor, kerbau (35), bebiri (10) dan kambing sebanyak 96 ekor.

“Jumlah sembelihan ternakan korban tahun ini meningkat sebanyak 179 ekor berbanding hanya 6,229 pada sambutan Aidiladha tahun lalu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top