Oh! Negara
PKR yakin terus jadi teras Kerajaan Perpaduan apabila jumlah ahli parti kini melebihi satu juta orang.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat terus berada dalam kedudukan kukuh apabila jumlah keahlian parti itu kini sudah melebihi satu juta rakyat Malaysia. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil ketika menghadiri majlis Korban Perdana Lembah Pantai di Pustaka Kuala Lumpur.
Menurut Fahmi, beliau tidak mahu mengulas mengenai parti lain dan memilih untuk memberi fokus kepada perkembangan positif PKR ketika ini. Malah, beliau mendakwa jumlah ahli baharu yang menyertai parti itu terus meningkat secara organik tanpa sebarang promosi besar.
PKR terus tunjuk perkembangan positif kata Fahmi Fadzil

Fahmi berkata, dari bulan April hingga Mei sahaja, PKR berjaya menerima lebih 5,000 keahlian baharu secara organik. Jumlah itu disifatkan sebagai petanda bahawa rakyat masih memberi keyakinan kepada perjuangan parti tersebut.
Itu parti lain, jadi saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka. Namun bagi PKR sendiri, dengan jumlah keanggotaan melebihi satu juta rakyat Malaysia, kita melihat dari bulan April hingga Mei sahaja, tanpa sebarang program besar atau promosi, jumlah keanggotaan baharu secara organik melebihi 5,000 orang,- Katanya.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau diminta mengulas mengenai sambutan terhadap Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) yang kini dikaitkan dengan bekas pemimpin PKR termasuk Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
PKR yakin terus jadi tunjang kerajaan

Dalam masa sama, Fahmi turut menegaskan bahawa PKR akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan agenda reformasi dapat diteruskan menerusi Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, PKR bukan sahaja mahu menghidupkan semangat reformasi, tetapi juga memastikan harapan rakyat dapat direalisasikan dengan lebih baik pada masa akan datang.
Mengulas mengenai tindakan terhadap ahli Parlimen PKR yang hadir ketika pelancaran parti BERSAMA, Fahmi menjelaskan bahawa setakat ini masih tiada perkembangan lanjut mengenai perkara tersebut.
Pssttt! Dalam dunia politik, sokongan rakyat boleh berubah pada bila-bila masa. Sebab itu penting untuk korang sentiasa semak fakta, dengar pelbagai pandangan dan buat penilaian sendiri sebelum menyokong mana-mana pihak.
Kredit: BH Online
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



