Oh! Artis
Aliff Syukri luah rasa terkilan apabila bantuan diberi tidak dihargai dan mungkin tersalah bantu individu tertentu.
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang didakwanya tidak menghargai segala bantuan yang telah diberikan sebelum ini. Luahan itu dikongsikan sendiri menerusi Threads miliknya.
Menurut Aliff, dia mungkin tersilap dalam memilih individu yang perlu dibantu. Namun begitu, niatnya selama ini hanyalah untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Aliff syukri akui mungkin tersalah bantu orang

Aliff berkata dia tidak pernah meminta untuk dihargai atau dikenang atas setiap bantuan yang diberikan. Apa yang diharapkannya hanyalah doa yang baik supaya dia terus diberi kekuatan untuk membantu orang lain.
Mungkin Papa silap membantu orang yang tak sepatutnya Papa bantu. Papa tak minta dihargai atau dikenang. Cukuplah doa dari anda supaya nafas Papa masih ada untuk terus membantu golongan yang betul-betul memerlukan.- Katanya.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai netizen yang meninggalkan kata-kata semangat buat usahawan terkenal tersebut.
Netizen minta lebih berhati-hati hulur bantuan
Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet mendoakan agar Aliff terus kuat dan tidak berhenti membantu mereka yang benar-benar susah.
Dalam masa sama, ada juga netizen yang berpendapat setiap bantuan perlu diberikan dengan lebih berhati-hati supaya tidak disalah guna oleh pihak tertentu.
Pssttt! Kadang-kadang bila kita ikhlas membantu, tak semua orang akan menghargainya seperti yang diharapkan. Tapi jangan sebab satu pengalaman buruk buat korang terus berhenti membantu orang lain. Cuma selepas ini, mungkin lebih berhati-hati supaya bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




