Howard Lee dakwa tindakan MB Perlis ‘cederakan’ nilai ibadah -“Adakah wajar dicontohi…

Howard Lee dakwa tindakan MB Perlis ‘cederakan’ nilai ibadah -“Adakah wajar dicontohi…

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee tampil mengkritik tindakan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah yang melepaskan tembakan ke arah seekor lembu korban baru-baru ini, dengan mendakwa ia mencederakan nilai ibadah dan menimbulkan persoalan mengenai pematuhan prosedur keselamatan.

Aspek pengendalian haiwan & SOP sudah ditetapkan

Menerusi satu hantaran di media sosial, Howard mempersoalkan sama ada semua aspek pengendalian haiwan dan SOP yang ditetapkan telah dipatuhi sebelum tindakan tersebut diambil.

Beliau turut menekankan bahawa ihsan terhadap haiwan merupakan sebahagian daripada tuntutan yang tidak wajar diabaikan, lebih-lebih lagi dalam pelaksanaan ibadah korban.

“MB Perlis tembak lembu korban menyakiti haiwan, mencederakan nilai ibadah!”
“Di manakah pasukan terlatih, peralatan kawalan dan prosedur keselamatan?
“Ihsan kepada haiwan adalah sebahagian daripada tuntutan
“Adakah semua SOP pengendalian
haiwan diikuti sebelum tindakan menembak diambil?
“Mengapa haiwan korban yang sepatutnya dilayan dengan ihsan disakiti dengan tembakan?
“Adakah tindakan ini wajar dicontohi oleh pemimpin dalam sebuah majlis ibadah?” tulisnya.

 

Dalam pada masa yang sama, beliau turut berkongsi hantaran dibuat Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ipoh Timor, Mohamad Norriduan Mohamed Idrus yang turut menyelar tindakan dibuat oleh MB Perlis.

Sebelum ini, Menteri Besar Perlis menjelaskan tindakan menembak lembu berkenaan diambil selepas haiwan itu mengamuk dan terlepas, sehingga dikhuatiri mengancam keselamatan petugas serta orang awam di lokasi kejadian.

Sumber: Facebook Howard Lee

Scroll to Top