TOYO Tires melancarkan kempen Goal Fest 2026 sempena musim Piala Dunia dengan memperkenalkan dua siri tayar baharu eksklusif kepada pelanggan.
Dua produk berkenaan ialah Proxes Comfort dan Open Country HT II (OPHT II) yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan pengguna kenderaan moden termasuk kenderaan elektrik bateri (BEV), hibrid plug-in (PHEV), hibrid elektrik (HEV) serta kenderaan pacuan empat roda (4×4).
Naib Presiden Eksekutif Jualan dan Pemasaran Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd, Keishi Inoue berkata, permintaan terhadap kenderaan BEV, PHEV dan HEV meningkat lebih 300 peratus dalam tempoh empat tahun lalu, sekali gus mendorong syarikat memperkukuh penawaran produk menerusi siri Proxes.
“Proxes Comfort yang dilancarkan pada Januari lalu direka untuk menawarkan keselesaan premium, kestabilan serta cengkaman optimum dalam pelbagai keadaan pemanduan.
“Open Country HT II pula diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pemandu 4×4 dengan menawarkan kawalan lebih baik, kecekapan bahan api serta cengkaman yang boleh dipercayai di pelbagai permukaan jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Toyo Tires memperkenalkan dua siri tayar baharu eksklusif kepada pelanggan menerusi kempen Goal Fest 2026 sempena musim Piala Dunia
Menurut beliau, Toyo Tires mempunyai kelebihan dalam memahami keadaan cuaca serta corak pemanduan pengguna di Malaysia.
Katanya, kilang Toyo Tires di Malaysia yang digerakkan sepenuhnya oleh tenaga kerja tempatan bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pembuatan, malah menyumbang kepada penciptaan peluang pekerjaan serta pertumbuhan ekonomi negara.
“’Buatan Malaysia, Keunggulan Jepun’ menjadi teras identiti syarikat dalam menghasilkan tayar berkualiti tinggi untuk pengguna tempatan.
“Melalui prinsip Kaizen Jepun, kami membudayakan penambahbaikan berterusan dengan memberi tumpuan kepada kualiti pada setiap peringkat pengeluaran.
“Toyo Tires kekal komited meningkatkan piawaian industri menerusi produk yang boleh dipercayai, perkhidmatan profesional dan teknologi tayar inovatif pada harga berpatutan,” katanya.

Pelanggan berpeluang memenangi botol sukan hidrasi thermos Premium bersama pouch
Sempena Goal Fest 2026, pelanggan yang membeli tayar terpilih daripada siri Proxes Comfort atau Open Country HT II berpeluang menerima botol sukan hidrasi Thermos Premium berserta pouch, tertakluk kepada stok sedia ada.
Selain itu, pelanggan AEON turut menikmati pemeriksaan tayar enam titik secara percuma serta diskaun 20 peratus bagi perkhidmatan penjajaran dan pengimbangan menerusi kerjasama dengan pengedar terpilih.
Pelanggan yang membeli empat unit tayar terpilih pula berpeluang menikmati ganjaran sehingga RM330 menerusi tawaran hadiah eksklusif Thermos dan pulangan tunai.
Sementara itu, Toyo Tires memaklumkan aplikasi T-Care yang memfokuskan kepada pengguna akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini bagi menyediakan kemas kini masa nyata, peringatan servis dan promosi eksklusif.
Syarikat itu turut memperkukuh transformasi digital menerusi platform e-dagang Toyo TayarTen serta sistem e-TEN untuk pengedar yang menawarkan kemudahan tempahan dalam talian 24 jam, pemprosesan pesanan lebih pantas dan pemantauan inventori yang lebih cekap.



